Thursday, November 13, 2008

DAKWAH!!!!!

Kejayaan manusia hanya dalam agama,sejauh mana kita ikut perintah Allah,ikut cara nabi Muhammad S.A.W...itulah kejayaan yang hakiki....

Kehidupan di dunia hanya sementara,akhirat jugalah yang selama-lamanya...

Dunia ini hina di sisi Allah..dunia dicipta disebabkan adanya Nabi Muhammad S.A.W....iaitu kekasih Allah...

Para sahabat r.a hum berjaya dunia dan akhirat kerana mereka ada beberapa prinsip yang mereka pegang...

  • MEYAKINI AKAN KALIMAH SYAHADAH."LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH.
  • SOLAT KHUSUK DAN KHUDUK
  • ILMU DAN ZIKIR
  • IKRAMUL MUSLIMIN
  • IKHLAS NIAT
  • DAKWAH DAN TABLIGH

ORANG KAFIR JAJAH KITA BALIK MELALUI 3F...

  1. "FOOD"

Macam mana diorang jajah kita melalui makanan?kita hari ini makan apa?KFC,MC'D..sama kan dengan orang kafir makan.Macam mana ni...

  1. "FASHION"

Cara berpakaian kita hari ini macam mana?kita malu untuk pakai pakaian sunah...ketinggalan la kononnya..tapi yang dikatan ketinggalan inilah membawa kejayaan dunia dan akhirat.Sebabnya...Allah hanya terima cara kehidupan nabi Muhammad S.A.W sahaja.

  1. "FUN"

Cara kita berhibur hari ini macam mana?Berkaraoke,menari poco-poco,pergi konsert,pergaulan bebas lelaki dan wanita,pergi kelab malam,pergi jom heboh...macam-macam lagi la...macam mana niii....ni cara hiburan orang islam?

Para pembaca sekalian,kita ni adalah umat akhir zaman.Selepas ini adalah kiamat.Tanda-tanda kecil berlakunya kiamat dah keluar semua....tinggal tunggu tanda-tanda besar aja lagi...

Kita nak tunggu waktu tua baru nak bertaubat?adakah umur kita ni dijamin sampai ke tua?Maut boleh datang bila-bila masa sahaja..

Malaikat maut datang jenguk kita 70 kali dalam sehari...takut-takutlah dia ambil kita dalam keadaan kita tidak beriman..

Iman bukan sesuatu yang dijamin dalam kehidupan kita..ia susah nak dapat dan senang sangat nak pergi dari kita.

Tanda-tanda iman kita sakit:

  • Waktu azan dilaungkan,tidak sedikit pun timbul perasaan dalam diri kita nak sembahyang,walaupun kita berada di dalam masjid.
  • 1 ayat dalam al-quran pun kita tak mampu nak baca dalam sehari,walaupun kita seorang penjual al-quran
  • 1 zikir pun tak keluar dari mulut kita,walaupun kita seorang penjual tasbih.
  • Mula mendekati minuman keras,arak adalah ibu segala maksiat.
  • Ambil benda-benda mengkhayalkan.
  • Benci melihat masjid.
  • Berhibur secara berlebihan
  • Buat maksiat.
  • Melawan ibu bapa.


1.Yakin akan kalimah LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH...macam mana mau yakin kalimah Lailahaillah kita kena masukkan segala ketakutan,kebesaran terhadap Allah dalam diri kita,dan kita keluarkan segala ketakutan,kebesaran makhluk dalam diri kita...sebagai contoh,kita makan nasi tetapi kita jangan yakin bahawa nasi yang bagi kita kenyang,kita kena yakin bahawa Allah yang kenyangkan kita...sebab rezeki semuanya dari Allah...kita juga kena banyak mengucapkan syukur kepada Allah sebab walaupun kita berterusan melakukan dosa,tapi Allah tetap bagi kita peluang untuk bertaubat..cuba bayangkan jika Allah tarik nyawa kita waktu kita buat dosa...menyesal pun tiada gunanya...hari-hari kita kena ckap tentang kebesaran Allah...Allah cipta alam semesta,cipta langit yang tidak bertiang,kawal peredaran masa,kawal kejadian siang dan malam.Sebagai contoh,Allah cipta pokok rambutan,ada sesiapa yang nampak orang taburkan gula di sekitar pokok tersebut?ada tidak tuan punya pokok letak pewarna supaya buah rambutan menjadi berwarna?dengan kuasa Allah rambutan yang masih muda berwarna hijau dan kelat rasanya,tapi apabila rambutan itu mulai berubah kepada warna merah,rasanya juga turut akan berubah menjadi manis...sedap dimakn...Barang siapa dapat ucap kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia maka wajib syurga baginya.

kemudian kita kena yakin juga kalimah Muhammadurrasulullah.Hanya cara nabi Mahammad S.A.W sahaja yang akan membawa kejayaan dunia dan akhirat,selain cara nabi akan gagal.Nabi merupakan contoh ikutan yang terbaik di dunia ini.Macam mana kita mahu ikut cara nabi Muhammad?kita kena ikut surah,sirah dan sarirah nabi.Apa itu surah,sirah dan sarirah nabi?Surah ialah penampilan,rupa paras nabi Muhammad.bagaimana nabi mengenakan janggut,memakai serban,bermiswak,kemas,bersih dan macam-macam lagi.Sirah pula ialah pergaulan nabi.Macam mana pergaulan nabi bersama para sahabat,isteri-isterinya,anak-anak,orang tua dan orang bukan islam.Kita kena ikut akhlak nabi Muhammad S.A.W yang mulia ini.Sarirah pula ialah fikir risau nabi tentang umatnya.Kita kena fikir macam mana nabi fikir tentang umatnya iaitu kita.Kita adalah umat nabi Muhammad S.A.W.Selepas nabi MUhammad tidak akan ada lagi nabi yang akan dihantar.Kitalah yang bertanggungjawab menyambung usaha nabi menyebarkan dakwah.Kalau dulu dakwah nabi untuk menarik orang bukan islam,tetapi dakwah kita hari ini tidak mampu untuk menarik orang bukan islam.

Orang islam hari ini tidak dapat dijadikan contoh sebagai orang islam yang beriman.Dakwah kita pada hari ini lebih tertumpu kepada orang islam.Kita kena ziarah setiap individu islam,jumpa rumah ke rumah.Perangai orang islam pada zaman kemunduran umat ini lebih kurang seperti orang bukan islam malah lebih teruk lagi.Kita kena satukan hati orang islam supaya kita dapat menarik minat orang bukan islam kepada islam.


2.SOLAT KHUSUK DAN KHUDUK

Maksud solat khusuk dan khuduk ialah macam mana ketaatan dalam solat kita bawa di luar solat.Sebagai contoh,dalam solat kita tutup aurat maka sepatutnya di luar solat pun kita kenalah menutup aurat juga.Dalam sembahyanag ada kita baca beberapa ayat-ayat al quran,di luar daripada sembahyang pun kenalah baca al quran juga.Dalam sembahyang kita ada menyebutkat lafaz-lafaz zikir memuji Allah,di luar sembahyang pun kenalah berzikir juga.

Cara untuk mendapatkan hakikat solat khusyuk dan khuduk ini kita kenalah jaga waktu sembahyang kita dan sembahyang di tempat di mana azan di kumandangkan.Bagi lelaki di masjid ataupun surau,bagi perempuan pula di rumah.1 orang yang dapat jaga solat 5 waktunya dan secara berjemaah akan dikurniakan 5 ganjaran.1,Dimurahkan rezekinya di dunia ini lagi.Apabila kita menunaikan perintah Allah ini,harta benda dunia akan datang dalam keadaan hina kepada kita.Rezeki akan datang dalam keadaan yang kita tidak sangka-sangka.2,Diangkat azab kubur.Tidak ada seorang pun manusian di dunia ini yang tidak pernah melakukan dosa.Sesiapa yang menjaga solatnya maka azab kubur baginya diangkat,tidak ada azab kubur baginya.3,Dapat melintas titian sirat sepantas kilat.Manusia akan mengambil masa selama 1500 tahun untuk melintas titian sirat.500 tahun naik,500 tahun mendatar dan 500 tahun lagi untuk turun.Titian sirat adalah sebuah jambatan untuk menuju ke syurga dan di bawah jambatan ini terletaknya neraka jahanam.Namun,titian sirat tidak sama seperti jambatan yang ada di dunia ini.Jambatan di dunia ini boleh memuatkan beratus keretaa dan orang sekaligus,titian sirat hanyalah sebuah jambatan yang halus seperti helaian rambut yang dibelah 7.Lantai titian ini tajam seperti mata pedang.Latihan yang cukup perlu dibuat di dunia ini lagi.Latihannya cukup mudah iaitu kita kena menjaga solat 5 waktu sehari semalam.Ke 4,kita dapat menerima buku catatan amalan kita dari tangan sebelah kanan.Setiap manusia mempunyai buku catatan amalan masing-masing.Seorang manusia mempunyai 99 buah buku catatan amalan dan besar sebuah buku catatan amalan ini sejauh mata memandang.Apabila seseorang itu menerima buku catatan amalan dari sebelah kanan,maka petanda baik baginya.Ke-5,kita dapat masuk syurga tanpi hisab.Tanpa hisab maksudnya tanpa kita disoal siasat di mahkamah Illahi.

Orang kata solat itu tiang agama,tapi hari ini kita tengok senarionya,1 orang sembahyang,10 orang lagi tak sembahyang,maknanya 1 orang dirikan agama dan 10 orang robohkan agama.

Sembahyang ni juga adalah anak kunci kepada syurga,anak kunci kepada sembahyang pula adalah wuduk.Segalanya bermula dengan wuduk.

Kita lihat mutu sembahyang kita hari ini.100% ingat Allah?.Dalam sembahyang pun kita boleh mengira,teringat filem aksi,fikir masalah yg dihadapi dan sebagainya.Tumpuan kepada Allah semakin hilang.

3.Ilmu dan zikir.

Para sahabat radiallahu'anhum berjaya dunia dan akhirat juga kerana mereka mempunyai ilmu.Ilmu terbahagi kepada 2 iaitu ilmu masail dan ilmu fadail.Ilmu masail tentang hukum hakam agama,tentang halal,haram.Ilmu fadail pula tentang kelebihan-kelebihan amal yang kita boleh rujuk melalui hadis-hadis.Syaitan lebih takut orang yang berilmu lebih daripada 1000 orang abid.Abid ialah seorang yang sangat kuat beribadat,namun abid tidak mempunyai ilmu.Sembahyang orang yang berilmu 1000 kali lebih baik daripada sembahyang orang yang tidak berilmu.

Apa itu ilmu?

Ilmu ialah 1 perkara yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah,pencipta kita.Itulah ilmu AGAMA.Ilmu sains dan sebagainya tu adalah ilmu KEMAHIRAN.


Bila kita ada ilmu,tapi tidak berzikir kepada Allah,kita akan jadi seorang yang sombong.Ilmu umpama sebuah jalan,manakala zikir pula umpama penyuluhnya.Hari-hari kita mesti ingat kepada Allah sebab apa?sebab Allah yang mencipta kita.Ada tidak kita pilih mahu jadi seorang manusia?lahir sebagai orang islam?tiada kan...jadi..bersyukurlah sebab Allah telah pilih kita jadi orang islam dan jadi umat nabi Muhammad S.A.W.

ISLAM ADALAH PENYEBAB KEMULIAAN UNTUK KITA.

Apa gunanya Allah cerita dalam Al-Quran kisah-kisah kehancuran umat terdahulu?

SUPAYA KITA AMBIL PERINGATAN.KALAU KITA BUAT SEPERTI YANG MEREKA BUAT,KITA PUN AKAN TERKENA MUSIBAH SEPERTI MEREKA JUGA.

ini tidak mustahil....

Dalam khutbah jumaat balik-balik menjelaskan bahawa jika kita berpegang dengan 2 benda ini,nescaya kita tidak akan sesat..apa dia 2 benda tu?

AL-QURAN DAN SUNAH NABI MUHAMMAD.

X pernah dengar?mungkin kamu tertidur semasa khatib sampaikan khutbah..

4.IKRAMUL MUSLIMIN

Macam mana kita dapat tunaikan hak saudara seislam kita tanpa kita menuntut hak kita balik.Kita tuntut hanya kepada Allah.Kalau kita orang islam bergaduh sesama sendiri,orang kafir akan gembira kerana itulah MATLAMAT mereka.

Semua orang islam di dunia ini ibarat 1 jasad,bila ada bahagian yang sakit,semua sekali terasa sakitnya.

Kalau kita sakit kepala,adakah kita penggal kepala kita dan hantar ke hospital?tidak kan..1 badan kita ikut ke hospital.1 badan juga rasa tidak selesa.Begitulah kita umat islam.

Kalau kita nak dapatkan hakikat ikramul muslimin ialah kita kena hormati orang yang lebih tua daripada kita,sayangi orang yang lebih muda daripada kita,hormati guru-guru yang pernah mengajar kita walaupun kita bukan seagama dengannya dan kita kena kasihankan orang-orang kafir.Sebab apa?orang kafir ni masih terkial-kial mencari ketenangan.Selagi orang kafir itu masih hidup,dia mempunyai peluang untuk mendapat hidayah daripada ALLAH dan kita seharusnya mendoakan supaya mereka diberi hidayah oleh ALLAh.

5.IKHLAS NIAT

buat sesuatu perintah Allah kerana Allah,tinggalkan sesuatu larangan Allah kerana Allah..
dalam amalan agama,Allah tidak lihat kuantiti sahaja,tetapi yang sangat diambil berat ialah kualiti..amalan yang ikhlas...

ikhlas boleh dijana dengan beberapa peringkat..
untuk mendapatkan ikhlas,kita mesti membuat sesuatu amalan itu dengan berterusan..ia akan menjadi adat,kemudian akan menjadi riak,selepas itu baru la menjadi ikhlas dan peringkat ikhlas yang paling tinggi iaitu istikhlas...

barang siapa ikhlas sedekah sebiji buah tamar semata-mata kerana Allah,Allah akan bagi dia ganjaran pahala sebesar gunung uhud..
banyak lagi ganjaran ikhlas ni..

kita kena sentiasa periksa amalan kita,,
permulaan,pertengahan dan akhir amalan,,,semua mesti ikhlas semata-mata mau dapat redha Allah...

doa kena selalu agar Allah campakkan hakikat ikhlas dalam diri kita..



6.DAKWAH DAN TABLIGH

Menyeru dan menyampaikan..
kita bukan mengaku nabi,tidak...jauh sekali....
kita cuma sambung kerja kenabian,
bawa manusia dekat kepada perintah Allah.
dengan cara yang ditunjukkan oleh baginda nabi Muhammad S.A.W..
jumpa setiap manusia,face to face...

ulama telah bagi kemudahan untuk kita buat kerja ini..
setiap tahun hanya 4 bulan atau 40 hari diperuntukkan masa buat kerja ni..
setiap bulan hanya 3 hari atau 10 hari diperuntukkan..
setiap hari hanya 2 jam setengah diperuntukkan...

ini bukan ajaran sesat..kalau sesat,dah lama kena tangkap..
ramai ulama buat usaha ni,banyak negara yang bawa cara ini...
ramai yang dapat hidayah melalui kemurnian usaha ini.. www.tips-fb.com

No comments: