Thursday, April 22, 2010

Salam...

Dalam sebuah kapal air yang besar,dimuatkanlah sekalian manusia di dalamnya.Kapal air ini mempunyai dua tingkat.Tingkat atas dan tingkat bawah.

Undian telah dibuat bagi menentukan bahagian masing-masing,ada yang di bawah,ada yang di atas.Apabila orang di bahagian bawah ingin mengambil air,mereka terpaksa naik ke bahagian atas dan hal ini menyusahkan mereka.

Mereka yang di bahagian bawah bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah mereka untuk mengambil air.Keputusan mesyuarat ialah mereka yang di bawah membuat lubang agar mudah mereka ambil air,tidak perlu lagi naik ke bahagian atas sekaligus tidak menyusahkan orang di bahagian atas.

Sekarang,jika orang di bahagian atas membiarkan sahaja perbuatan orang di bahagian bawah,maka,kesemua mereka akan karam.Walaupun mereka yang di atas tidak terlibat dalam hal ini.

Begitu juga ceritanya dengan agama ini.Kita tidak boleh amal agama sendirian sahaja tanpa memikirkan orang lain yang belum dapat amal agama ini.Dakwah perlu dibuat agar agama terus berkembang,dan mestilah mengikut cara nabi Muhammad S.A.W.Barulah dapat kejayaan.

kalau tidak,kita pun akan "karam" kalau ikut cara sendiri. www.tips-fb.com

No comments: