Monday, June 13, 2011

betapa bernilainya......

Ibadah yang dilakukan oleh kita,
hanya akan kita ketahui nilainya apabila kita sudah meninggalkan dunia ini....

Ibadah yang kita lakukan,
hanya mempunyai nilai sekiranya kita masih hidup di dalam dunia ini,,,,

sekalipun kita dianugerahkan dapat membaca al-quran atau solat di dalam kubur,
sesungguhnya amalan selepas mati ini,walaupun nampak hebat,malangnya tidak bernilai lagi bagi si mati,tidak akan menambahkan sedikit pun dalam buku catatan amalannya ganjaran amalannya itu....

diakhirat sana....
barulah kita ketahui nilai 1 subhanallah...
barulah kita ketahui nilai solat.....
puasa.....sedekah.....haji....
nilai 1 ayat bacaan al-quran....

sehinggakan...
kita minta dikembalikan di dunia..
hanya untuk mengucapkan 1 subhanallah...

betapa bernilainya amalan-amalan ini sewaktu kita masih hidup di dunia ini...
janganlah kita persiakan hidup kita tanpa melakukan amalan-amalan ini...
bersusah-susahlah kita dahulu untuk melakukan amalan-amalan ini...

kerana kita bukan selamanya hidup di dunia...
kita akan kekal di akhirat...kampung halaman sebenar..... www.tips-fb.com